UserAgentString
April 20, 2009
Browser User-Agent merupakan informasi yang dikongsikan oleh browser anda apabila anda melawati sesebuah laman web. Informasi ini digunakan untuk memberitahu kepada webmaster berkenaan informasi pelawat laman web.
Bagaimana dengan kami?
Ya, kami kumpul browser user-agent semenjak dari tutorial @ iluvislam hingga kini di celik IT (dot) com. Kami menggunakan informasi ini untuk menaik taraf laman web ini dari semasa ke semasa. Kami lakukan ini semoga anda dapat menikmati pengalaman yang menarik semasa berada di laman web kami sambil membaca artikel kegemaran anda.
Berikut merupakan information untuk computer editor celik IT (dot) com:
Mozilla/5.0 (Macintosh; U; Intel Mac OS X 10.5; en-US; rv:1.9.0.8) Gecko/2009032608 Firefox/3.0.8

Bagaimana dengan anda? Jika ingin mencuba, lawati http://useragentstring.com/
Jika anda mempunyai security values I (weak security) or N (no security), anda mungkin mahu menggunakan browser seperti Google Chrome, Safari atau Firefox.
Semoga bermanfaat! :)
Pixelpipe
April 19, 2009
Jika anda mempunyai gambar yang ingin di upload ke flickr, Facebook, blog serta lain – lain web di internet, anda pasti inginkan sesuatu yang membolehkan anda mengupload gambar pada satu tempat dan ianya akan pos secara automatik pada web yang lain.
Kami telah berjaya menjumpai satu perkhidmatan di internet yang dikenali sebagai Pixelpipe. Ia menghantar secara automatik gambar yang anda upload ke pada laman yang anda kehendaki. Jadi, anda telah jimat banyak masa.
Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan selari dengan Pixelpipe dan anda boleh lihat sendiri di laman web mereka. Selamat mencuba!
Qibla Locator
April 10, 2009
Jika anda ingin bermusafir namun tidak memiliki kompas qiblat, anda mungkin berminat dengan laman ini :
Qibla Locator – http://www.qiblalocator.com/
Laman ini menggunakan teknologi Google Map dan menjadikan Kaabah di Masjidil haram sebagai point of interest. Jadi, anda boleh tahu secara tepat arah kiblat. Apa yang anda perlukan adalah salah satu daripada perkara berikut:
- Alamat anda (Beserta poskod dan negara)
- Latitude dan Longitude kedudukan – untuk mereka yang tahu.
Berikut merupakan contoh arah yang ditunjukkan dari Google Map.
Klik gambar di atas untuk full size preview
Kemudian, apa yang anda perlu lakukan adalah lihat pada sidebar yang menunjukkan berapa degree pusingan dari arah utara. Sebagai contoh, di dalam gambar atas menunjukkan kira – kira 115° N. Jadi, dengan menggunakan kompas, cari arah utara.
Dan kemudian, untuk arah kiblat adalah pusingan 115°dari arah utara mengikut arah jam berpusing (clock-wise direction). Di laman berikut, ada menunjukkan gambar rajah pusingan yang dikehendaki.
Perhatian:
- Terdapat pelbagai jenis kompas, gunakan mana yang sesuai dan mengikut kemampuan anda.
- Sila rujuk perkara ini dengan yang lebih pakar kerana niat kami di sini adalah untuk memudahkan. Kami bukanlah pakar di dalam hukum hakam agama dan harap dimaafkan.
TypeRacer
April 8, 2009
Ini merupakan laman untuk menguji sejauh manakah anda boleh taip.
Berikut merupakan score level. Untuk sesiapa yang telah mencubanya :)
Adakah anda seorang Megaracer? :)
Video Hosting
March 29, 2009
Salam buat semua, bertemu lagi kita di dalam episod ilovethiswebsite™. Jika dahulu kami kongsikan dengan anda image hosting, kini kami kongsikan dengan anda berkenaan video hosting. Anda boleh menggunakan video hosting platform ini untuk apa jua sekalipun. Antaranya, video blogging, screencast (mengajar melalui rakaman skrin – lihat contoh, Yahoo Mail Scam), animation dan lain – lain.
Berikut merupakan senarai video hosting platform yang mungkin anda boleh gunakan:
YouTube – http://www.youtube.com/

Vimeo – http://www.vimeo.com/

Blip.tv – http://blip.tv/

Jika anda telah memiliki flickr, anda juga boleh upgrade kepada pro account dan ia akan membolehkan anda untuk mengupload video pada akaun flickr anda. Namun, bagi kami, 3 perkhidmatan video platform di atas sudah memadai.
Selamat mencuba!
GEEK!
March 20, 2009
Perkataan geek selalunya dikaitkan dengan mereka yang ‘celik’ di dalam bidang IT atau komputer. Jari mereka lebih banyak berbicara berbanding mulut mereka.
Adakah anda seorang geek?
Jika ya, sejauh manakah tahap geek anda?
Jika tidak, ingin menyaksikan antara geek terawal di dunia internet?
Tahun 1997
Kini
Steve Jobs Macworld Apple Keynote Wannabe
Tangga Unik
March 2, 2009
Lama rasanya kami tidak kongsikan laman web menarik pada ruangan ilovethiswebsite. Di dalam artikel ini, kami ingin konsikan dengan anda antara tangga – tangga yang unik yang mungkin anda boleh gunakan untuk rumah anda.
Atau jika anda pelajar jurusan interior design atau arkitek, ia mungkin boleh menjadi sumber inspirasi buat anda.
Lihat lebih banyak lagi koleksi tangga – tangga unik
Send Big Files
February 19, 2009
Ingin menghantar atau berkongsi file anda melalui internet? File Dropper merupakan solusi kepada permasalahan ini. Berikut merupakan apa yang anda dapat lakukan pada laman web ini:
- Menghantar apa – apa jenis file
- Kongsikan link kepada penerima untuk di download
- Limit adalah 5G (Kira – kira 6 hingga 7 CD yang mengandungi movie)
Semoga bermanfaat!
atmosphir
February 1, 2009
Beberapa bulan lepas, editor kami telah diterima sebagai pemain game versi beta untuk atmosphir, game percuma untuk platform Mac dan PC. Game ini lebih kepada adventure and puzzle. Seperti di dalam game yang lain, watak di dalam game ini boleh berlari, melompat dan juga mempertahankan diri dari musuh.
Selain bermain, anda juga boleh design level anda sendiri. Kemudian, ia terbuka kepada semua orang di dalam komuniti atmosphir untuk bermain level yang anda reka. Kadang kala, ada juga pertandingan yang dianjurkan oleh Minor Studio, syarikat pengasas game ini.
Game ini masih di dalam peringkat awal dan ia terhad kepada jemputan sahaja. Dari semasa ke semasa, game ini akan diupdate dan jika ada sebarang bug (masalah ketika bermain game), pemain boleh hantarkannya melalui forum. Jika anda ini merasai sendiri pengalaman bermain serta design level game sendiri, daftarkan diri anda di laman atmosphir.com (klik pada BETA SIGNUP) – Selamat mencuba!
Lihat screenshots pembikinan game atmosphir dari Founder kepada atmophir, Dave Werner (dan juga sahabat baik editor kami).
The 7 Habits
January 24, 2009
What are the habits all successful people share? In this audio presentation, Stephen R. Covey answers that question and teaches you how to make the Seven Habits a part of your life. Each audio system is designed to help you create an empowering center of correct paradigms from which you can effectively solve problems, maximize opportunities, and continually learn and integrate principles of effectiveness in an upward spiral of growth.
Apakah tabiat orang berjaya? Di dalam rakaman ini, Stephen R. Covey menjawab soalan tersebut. Dia akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk mengaplikasikan ketujuh – tujuh tabiat orang yang berjaya di dalam kehidupan seharian anda. Sistem audio yang diberikan kepada anda telah direka khas untuk membolehkan anda fokus kepada paradikma yang membolehkan anda menyelesaikan masalah, menambah peluang dan terus belajar dan mengaplikasikan prinsip effektif di dalam diri sepanjang kehidupan anda.
Semoga buku audio ini bermanfaat buat semua. Daftar dan download copy anda sekarang. Jika ada sebarang soalan, tinggalkan komen di bawah atau emailkan kepada kami di tutorial@iluvislam.com.
** Anda juga boleh kongsikan artikel ini dengan klik pada ikon Share This dibawah. Jika anda rasakan tutorial @ iLuvislam ini menarik, mengapa tidak langgan artikel kami secara percuma. Kami akan hantarkan artikel – artikel terkini terus ke email anda. Langgan tutorial @ iLuvislam sekarang










