Wacom
April 15, 2009
Pernah dengar nama ini? Wacom merupakan salah satu alat yang digunakan oleh designer untuk menghasilkan seni grafik seperti bentuk ukiran, kartun dan macam – macam lagi. Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda berkenaan produk – produk Wacom (kami akan dapatkannya satu tidak lama lagi) serta hasil seni yang dihasilkan oleh artis dengan menggunakan alat ini sebagai senjata kreativiti mereka.
Hear of it? It is one of the tools which designer will use in order to create hand drawn graphic such as swirls, cartoons and more. In this article we would like to share with you few Wacom products (and we will get one soon) and some artworks that produced by artist that using Wacom as one of their creative tools.
Senarai produk Wacom dan hasil seni List of Wacom products and artworks
Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web Wacom di http://www.wacom.com/
For more info, please visit Wacom website at http://www.wacom.com/
Battle of the browsers
April 13, 2009
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan berkenaan battle of the internet browsers, kami bawakan kepada anda Google Chrome (Beta) yang baru!

Berikut merupakan ciri – ciri yang baru yang boleh didapati pada Google Chrome (Beta) yang baru:
- form autofill
- fullpage zoom
- autoscroll
- drag to two parallel view (video below)
Download Google Chrome (BETA) yang baru!
Baca berkenaan idea disebalik Google Chrome (comic illustration)
Portable Ubuntu
April 7, 2009
Beberapa pengguna TechGuys (di dalam proses kemaskini) telah menggunakan Linux Ubuntu. Kini, anda boleh menggunakan Linux (tanpa meletakkannya sebagai OS) di dalam Windows. Jika anda mempunyai CD Ubuntu, anda boleh juga test-run Ubuntu.
Tetapi di dalam pos ini, kami ingin kongsikan anda Portable Ubuntu yang membolehkan anda run Ubuntu di dalam Windows. Jadi jika anda seseorang daripada senarai di bawah, kami rasakan anda perlu cuba Portable Ubuntu ini.
- Pernah tentang Linux/Ubuntu dengan tetapi masih belum mencuba
- Ingin sesuatu yang lain daripada Windows
- Sukakan sesuatu yang baru dan percuma!
Ingin mencuba Ubuntu? Anda boleh dapatkannya di link berikut:
Jika anda seorang yang pakar di dalam bidang Linux atau lebih spesifik, Linux Ubuntu dan ingin berkongsi artikel dan pengalaman, sila tinggalkan email anda di bahagian komen pos ini.
Embed Flash Object
April 1, 2009
Di dalam tutorial kali ini, kami akan kongsikan dengan anda tentang bagaimana untuk meletakkan Macromedia Flash object di dalam laman anda.
Contoh kepada flash object ini boleh didapati di laman utama tutorial @ iluvislam, http://celikit.com/. Lihat di bahagian sidebar.
Langkah 1: Copy code di bawah
<OBJECT classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0" WIDTH="550" HEIGHT="400" id="myMovieName"> <PARAM NAME=movie VALUE="myFlashMovie.swf"> <PARAM NAME=quality VALUE=high><PARAM NAME=bgcolor VALUE=#FFFFFF> <EMBED src="/support/flash/ts/documents/myFlashMovie.swf" quality=high bgcolor=#FFFFFF WIDTH="550" HEIGHT="400" NAME="myMovieName" ALIGN="" TYPE="application/x-shockwave-flash" PLUGINSPAGE="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer"> </EMBED> </OBJECT>
Langkah 2: Letakkan di pada HTML body
Lankah 3: Modify parameters yang diboldkan pada code di atas.
- WIDTH=”#”
- HEIGHT=”#”
- id=”#”
- VALUE=”#”
- src=”#”
- NAME=”#”
Gantikan # dengan lebar flash object yang dikehendaki
Gantikan # dengan tinggi flash object yang dikehendaki
Gantikan # dengan id untuk petunjuk/reference anda
Gantikan # dengan nama file .swf anda (filename)
Gantikan # dengan lokasi .swf object anda
Gantikan # dengan nama flash object anda
Di dalam proses membina laman web, beberapa aspek perlu di ambil kira dan meletakkan flash player ini pada laman web memerlukan penilitian kerana beberapa perkara berikut:
- Tidak semua pelawat laman web mempunyai Flash player yang sama (atau up-to-date)
- Tidak semua pelawat mempunyai resolusi skrin yang sama
- Tidak semua pelawat memiliki kelajuan internet connection yang sama
- dan lain – lain.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh bertandang ke forum TechGuys dan editor kami akan cuba menjawab pertanyaan anda. Sekian, terima kasih!
Sumber: Macromedia Flash OBJECT and EMBED tag syntax
GIMP & Photoshop: Curves
March 29, 2009
Ini merupakan sesuatu untuk pengguna elit. Video tutorial ini akan menjelaskan kepada anda cara untuk mengubah tone warna bahagian tertentu (atau semua) di dalam sesuatu gambar. Tutorial ini memerlukan anda untuk menggunakan lasso tool untuk path selection (atau sesuatu yang lebih kurang sama) jika anda ingin mengubah bahagian tertentu seperti di dalam video di bawah.
Berikut merupakan di mana anda boleh dapatkan function Curves di dalam Photoshop dan GIMP
Image > Adjustments > Curves

Untuk pengguna GIMP, anda juga mempunyai function function Curves

New: Google Street View *UK
March 27, 2009
Untuk para elite sekalian, kali ini editor kami ingin kongsikan antara perkara yang terkini. Memandangkan dia kini sedang menuntut di UK, maka dia dapat rasakan secara lansung perkembangan internet. Jika beberapa tahun lepas Google melancarkan Google Maps dan Google Earth, kini Google telah melancarkan Google Map with Street View yang membolehkan anda seolah – oleh berjalan di jalan raya United Kingdom.
Menarik? Yup, semangnya sesuatu yang menarik. Kini kita boleh lihat secara jelas destinasi yang dituju secara terus sebelum sampai ke tempat itu untuk mendapatkan gambaran awal. Sungguh unik. Di bawah merupakan contoh gambaran Street View pada Google Maps. Kami tidak pasti jika semua orang dapat akses (access) untuk perkhidmatan ini, namun harapnya screenshot di bawah dapat memberikan gambaran jelas.
Semoga bermanfaat buat semua!
Lihat youtube video berkenaan Street View dari Google Maps
delicious (dot) com
March 26, 2009
delicious merupakan social bookmarking service yang membolehkan pengguna untuk tag, save, aturkan serta kongsikan laman web pada satu lokasi (atau hub) yang sama. Sepanjang pengalaman kami menggunakan delicious, ia telah membantu kami mencari resources (sumber) berkenaan pelbagai perkara di internet tanpa perlu mengingat URL. Apa yang kami perlu lakukan adalah save URL sebagai bookmark. Kami juga boleh kongsikannya di Internet.
Untuk keterangan lanjut, kami kongsikan dengan anda video berkenaan Social Bookmarking yang dihasilkan oleh Common Craft. Selamat menonton dan mencuba!
Lihat delicious bookmark editor kami
Web Design Inspiration
March 20, 2009
Ini merupakan pos pertama kami untuk kategori elite. Kategori yang baru ini akan mengandungi tips untuk advanced users yang telah memiliki pengetahuan tentang HMTL dan image editing menggunakan Photoshop. Selain itu, kategori ini juga akan menjadi medium untuk perkongsian berita terkini di dalam bidang teknologi internet.
Di dalam artikel ini, editor kami akan kongsikan dengan anda beberapa laman web yang selalu dikunjunginya untuk mendapatkan sumber inspirasi serta mempelajari teknik – teknik terkini membina laman web serta rekaan seni digital. Kami janjikan selepas ini, bahagian elit akan menjanjikan sesuatu yang belum pernah anda lihat sebelum ini. Namun jika ya, kami ingin mengajak anda menyertai kami untuk berkongsi kepakaran kepada mereka yang memerlukan. Lebih banyak anda kongsikan serta ajarkan dengan yang lain, lebih mahir anda di dalam sesuatu perkara!
Smashing Magazine – http://www.smashingmagazine.com/

Web Designer Wall – http://www.webdesignerwall.com/

iLoveTypography – http://ilovetypography.com/

Apple.com – http://www.apple.com/

serta laman web surat khabar seperti Guardian dan Times serta laman web news seperti Al-Jazeera dan BBC.











