Video – Blog Review (Siri 1)
December 29, 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, kini blog review untuk tutorial @ iLuvIslam telah kembali.

Ingin blog anda direview, letakkan nama, email dan laman web anda bolehlah isikannya di bahagian komen dibawah.
*Kepada yang telah meletakkan laman web mereka untuk direview, anda tidak perlu letakkannya sekali lagi kerana kami telah memasukkan laman web anda di dalam senarai blog untuk direview.
Terima kasih.
Blog Review: Good Design (Part 2)
August 20, 2008
Berjumpa lagi kita dalam segmen blog review. Pada artikel lepas, kita telah lihat bagaimana layout sesebuah laman web itu merupakan salah satu elemen yang penting di dalam penyampaian content atau isi sesebuah laman web. Di dalam review kali ini, kita akan lihat ciri kedua iaitu skema font di dalam sesebuah laman web.
Font
atau lebih terkenal dengan panggilan typeface merupakan salah satu elemen yang penting di dalam sesebuah laman web. Melalui interface default Firefox, Yahoo menggunakan Verdana dan Arial dalam persembahan laman web mereka. Begitu juga Google dan Microsoft. Namun begitu, ada juga laman web yang menggunakan Georgia sebagai font utama dalam penyampaian sesebuah laman web seperti iLoveTypography.com.
Dan ada sebabnya mengapa typeface ini sahaja yang digunakan oleh kebanyakan laman web. Selain ia lebih user-friendly, ia juga nampak lebih professional dan standard berbanding yang lain. Di kalangan blog atau web yang ingin direview oleh tutorial @ iLuvIslam.com, kami dapati bahawa IBRAHzine.com menggunakan Comis Sans MS.
Secara general, kami akui bahawa typeface ini amat popular di kalangan kanak-kanak kerana ia menggambarkan suasana ceria. Namun dari segi penampilan, typeface ini gagal membangkitkan elemen formal. Dan bagi memenangi semua lapisan pengunjung, maka typeface lebih sesuai haruslah dipilih.
Berikut merupakan contoh laman web yang baik dalam penggunaan typeface serta mengambil kira lapisan pengunjung sama ada kanak – kanak mahupun dewasa:
Semoga laman web berikut dapat digunakan dan dijadikan sebagai contoh. Secara ringkas, perhatikan laman web yang popular dan typeface yang digunakan oleh mereka dan cara penggunaan. Selamat mencuba!
Blog Review: Good design (Part1)
July 24, 2008
Di dalam review kali ini, kami akan memaparkan beberapa ciri-ciri laman web atau blog yang baik. Kami akan lihat dari beberapa aspek seperti layout, penggunaan font, colour scheme, dan elemen yang unik di dalam sesebuah laman web.
Layout web
Oleh kerana kebanyakkan pengguna menggunakan platform Blogger (Blogspot) maka kebanyakkan theme boleh di dapati secara percuma dan anda bebas memilih layout yang anda gemari. Berikut merupakan layout yang digunakan oleh majoriti di dalam bahagian Blog Review ini:

Secara general, layout A membolehkan webmaster untuk memasukkan lebih banyak side content seperti link ke laman web lain, animated gif atau widget pilihan mereka. Manakala bahagian tengah merupakan isi kandungan kepada blog itu sendiri. Layout B agak terhad pada content sampingan berbanding A kerana hanya mempunyai satu sidebar sahaja sama ada di sebelah kiri atau kanan.
Contoh blog (di dalam lingkungan blog review) yang berjaya memaparkan penggunaan layout A dan B yang agak baik adalah seperti berikut:
Layout A: Mutiara Iman, IKMA, Callidesign, Iman Taqwa
Layout B: MuscoM, imtiaz sofea
Selain itu, terdapat juga contoh yang unik dan baik dalam penggunaan layout. Ia dapat disaksikan pada blog Shoutulhaq di mana kedua-dua sidebar terletak bersebelahan dan tidak mengapit isi kandungan utama blog itu tersendiri. Layout seperti ini amat berguna bagi mengasingkan content sampingan dan utama di dalam sesebuat laman web.

Antara contoh – contoh laman web yang boleh dijadikan petunjuk untuk penggunaan layout yang amat berkesan dan mengandungi segala maklumat penting untuk sesebuah laman web atau blog.
Layout A: David Airey
Layout B: A List Apart (Article page e.g. bab Layout)
Layout C: Smashing Magazine
InsyaAllah pada review akan datang kita akan lihat pada penggunaan font di dalam design sesebuah laman web/blog. Semoga apa yang ada dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan amatlah dialu-alukan.
Blog Review: Hosting
July 20, 2008
Sebelum kami komen secara mendalam satu persatu blog yang ingin direview, kami ingin mengajak semua melihat satu subjek yang agak penting dan signifikan iaitu hosting sesebuah laman web. Antara laman web yang diposkan untuk review, kami dapati hanya 3 laman web dan blog yang menggunakan hosting sendiri iaitu Muscom, Ibrahzine, dan Cartoonized. Manakala yang lain, kebanyakkan menggunakan blogspot oleh sebagai hosting untuk web blog masin – masing.
Di dalam artikel kali ini kami akan tunjukkan secara ringkas apa bezanya anda menggunakan hosting sendiri (berbayar) berbanding hosting yang diberikan secara percuma. Semoga ia dapat menjadi panduan ringkas kepada sesiapa yang ingin mula mereka laman web sendiri.
| Features | Hosting | |
| Paid | Free | |
| Kebebasan | 100% | Limited |
| Subdomain | Yes | No |
| Search engine friendliness |
Yes | No |
| Email setup | Yea | No |
| FTP | Yes | No |
| Advertisement | No | Mostly Yes |
| Easy to remember | Yes | No |
Namun begitu, semuanya bergantung kepada beberapa faktor yang anda sendiri perlu pertimbangkan seperti kos, ilmu tentang domain dan hosting, dan pilihan anda (your preference). Ada yang hanya ingin blog dan ada yang menggunakan ianya sebagai laman web kelab. Semuanya bergantung kepada anda. Secara keseluruhan, hosting akan memberikan anda kebebasan untuk mereka bentuk sesebuah laman web. Dengan hosting sendiri, anda boleh mereka bentuk laman web dalam bentuk Flash, Blog, atau pun forum. Sekian, jumpa lagi pada review akan datang!
Mahu blog/laman web anda di‘review’?
June 22, 2008

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Kami pereka laman web dan grafik iLuvIslam sukacitanya memaklumkan bahawa kami buat pertama kalinya menyediakan pentas buat anda untuk promosikan blog anda serta untuk dikomen. Baik dan buruk, ok dan tidak, semuanya kami akan beritahu. Bukankah kita belajar dari kesilapan?
Jadi kepada sesiapa yang inginkan blog/laman webnya direview, maka bolehlah poskan alamat blog dan nama anda di bahagian komen di bawah. Tiada bayaran dikenakan. Jadi, apa tunggu lagi? ;)



