Qibla Locator

April 10, 2009 · Print This Article

Jika anda ingin bermusafir namun tidak memiliki kompas qiblat, anda mungkin berminat dengan laman ini :

Qibla Locatorhttp://www.qiblalocator.com/

Laman ini menggunakan teknologi Google Map dan menjadikan Kaabah di Masjidil haram sebagai point of interest. Jadi, anda boleh tahu secara tepat arah kiblat. Apa yang anda perlukan adalah salah satu daripada perkara berikut:

  • Alamat anda (Beserta poskod dan negara)
  • Latitude dan Longitude kedudukan – untuk mereka yang tahu.

Berikut merupakan contoh arah yang ditunjukkan dari Google Map.

picture-8

Klik gambar di atas untuk full size preview

Kemudian, apa yang anda perlu lakukan adalah lihat pada sidebar yang menunjukkan berapa degree pusingan dari arah utara. Sebagai contoh, di dalam gambar atas menunjukkan kira – kira 115° N. Jadi, dengan menggunakan kompas, cari arah utara.

Dan kemudian, untuk arah kiblat adalah pusingan 115°dari arah utara mengikut arah jam berpusing (clock-wise direction). Di laman berikut, ada menunjukkan gambar rajah pusingan yang dikehendaki.

Perhatian:

  • Terdapat pelbagai jenis kompas, gunakan mana yang sesuai dan mengikut kemampuan anda.
  • Sila rujuk perkara ini dengan yang lebih pakar kerana niat kami di sini adalah untuk memudahkan. Kami bukanlah pakar di dalam  hukum hakam agama dan harap dimaafkan.

No related posts.

Comments

2 Responses to “Qibla Locator”

  1. arisnb on April 14th, 2009 4:51 am

    thanks infonya

    arisnb’s last blog post..SEO Kampanye Damai Pemilu Indonesia 2009 dalam format PDF

  2. admin on April 18th, 2009 3:05 pm

    Sama – sama. Kongsikan ya.

Got something to say?




XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>