Microsoft Office 2
March 10, 2009 · Print This Article
Kebanyakkan antara kita apabila memiliki laptop atau komputer baru yang dibeli dari kedai pasti akan memiliki perisian (software) Microsoft Office. Antara kumpulan perisian seperti Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan lain – lain tergolong di dalam Microsoft Office.
Namun demikian, disebabkan perkara – perkara yang tidak diingini, anda mungkin terpaksa format laptop anda (atau reinstall windows kepada setting asal). Kadangkala, anda tidak memiliki installer Microsoft Office untuk melakukan sedemikian. Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa alternatif lain untuk perisian Microsoft Office.
Open Office - http://www.openoffice.org/
Software ini merupakan antara software Open Source yang paling banyak di download dan digunakan. Ia boleh digunakan oleh semua platform sama ada Windows, Mac atau pun Linux.
Ianya percuma dan anda diberikan pilihan sama ada untuk daftarkannya atau tidak. Berikut merupakan nama bagi software ini yang serupa dengan versi Microsoft Office:
- Microsoft Word = Open Office Writer
- Microsoft Excel = Open Office Calc
- Microsoft PowerPoint = Open Office Impress
- dan banyak lagi.
Google Docs - http://docs.google.com/
Jika anda mempunyai talian internet 24 jam dan anda ingin menyelesaikan tugasan walau di mana anda berapa. Syarikat gergasi internet dunia, Google menyediakan Google Docs.
Ia bertindak sebagai Microsoft Office versi online. Apa yang anda perlukan adalah akaun Google. Jika anda mempunyai akaun GMail, makan sila click pada tab Document untuk menggunakan Google Docs. Berikut merupakan paparan skrin untuk Google Docs.

Lihat video YouTube – Google Docs in Plain English
Antara pilihan lain adalah:
- KOffice - http://www.koffice.org/
- AbiWord - http://www.abisource.com/
Jika anda dapati tutorial ini berguna, kami harap anda dapat kongsikannya dengan rakan anda juga. Jangan lupa bahawa anda juga boleh dapatkan tutorial terkini dari kami dengan langganan melalui email secara percuma.
Semoga bermanfaat, jumpa lagi!
Antara artikel yang menarik:






huhu, trima kasih banyak2 atas perkongsian yg mantap! Alhamdulillah sgt berguna esp OpenOffice.org. Tq admin!
salam,
nak tanye… kat sini ade MICROSOFT OFFICE for MAc ..
mane nak dapat ye…
wasalam
Jika di UK, ada special price untuk student. Education system ada collaboration dengan Microsoft dan boleh dapat price untuk 2 Mac dengan harga lebih kurang RM 100+. Jadi, kira – kira RM 50 untuk lesen original.
Jika ada sesiap yang ingin kami belikan, mungkin boleh beritahu kepada kami. InsyaAllah summer ni kami akan balik ke Malaysia. Atau jika ingin kami poskan, pun boleh.
[...] Microsoft Office? For alternative, you can download Open Office (for free) [...]