Video Hosting
March 29, 2009
Salam buat semua, bertemu lagi kita di dalam episod ilovethiswebsite™. Jika dahulu kami kongsikan dengan anda image hosting, kini kami kongsikan dengan anda berkenaan video hosting. Anda boleh menggunakan video hosting platform ini untuk apa jua sekalipun. Antaranya, video blogging, screencast (mengajar melalui rakaman skrin – lihat contoh, Yahoo Mail Scam), animation dan lain – lain.
Berikut merupakan senarai video hosting platform yang mungkin anda boleh gunakan:
YouTube – http://www.youtube.com/

Vimeo – http://www.vimeo.com/

Blip.tv – http://blip.tv/

Jika anda telah memiliki flickr, anda juga boleh upgrade kepada pro account dan ia akan membolehkan anda untuk mengupload video pada akaun flickr anda. Namun, bagi kami, 3 perkhidmatan video platform di atas sudah memadai.
Selamat mencuba!
Transport Illustration
March 29, 2009
Jika anda memerlukan gambar yang menarik untuk digunakan di dalam kerja sekolah, persembahan atau apa juga kegunaan yang berkaitan dengan pengangkutan (transport), kami ingin kongsikan anda senarai illustrasi beberapa jenis kenderaan. Gambar di bawah menunjukkan contoh ilustrasi kenderaan yang terdapat di dalam koleksi ini.
Ianya percuma dan mengandungi ilustrasi kenderaan berikut:
- kereta (car)
- kapal layar (yatch)
- kapal terbang (aeroplane)
- trak bomba (fire fighter truck)
- bulldozer
- van
- traktor (tractor)
- kereta polis (police car)
![]()
GIMP & Photoshop: Curves
March 29, 2009
Ini merupakan sesuatu untuk pengguna elit. Video tutorial ini akan menjelaskan kepada anda cara untuk mengubah tone warna bahagian tertentu (atau semua) di dalam sesuatu gambar. Tutorial ini memerlukan anda untuk menggunakan lasso tool untuk path selection (atau sesuatu yang lebih kurang sama) jika anda ingin mengubah bahagian tertentu seperti di dalam video di bawah.
Berikut merupakan di mana anda boleh dapatkan function Curves di dalam Photoshop dan GIMP
Image > Adjustments > Curves

Untuk pengguna GIMP, anda juga mempunyai function function Curves

Blog: Remove blogspot topbar
March 27, 2009

Salam buat semua, moga semuanya sihat walafiat. Alhamdulillah kita telah belajar berkenaan cara untuk membina blog serta menukar beberapa setting. Berikut merupakan senarai tutorial berkenaan blogspot jika anda tertinggal.
Di dalam tutorial kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk menghilangkan atau membuang top bar (gambar di bawah) pada laman blogspot anda. Selamat mencuba!
Step 1: Pergi pada bahagian berikut: Layout > Edit HTML

Step 2: Copy code dibawah
#navbar-iframe {
display: none !important;
}
Step 3:Tampalkan di bahagian berikut (arrow yang ditunjukkan pada gambar di bawah)

Step 4: Klik Save Template
Step 5: Lihat hasilnya.

Selamat mencuba!
New: Google Street View *UK
March 27, 2009
Untuk para elite sekalian, kali ini editor kami ingin kongsikan antara perkara yang terkini. Memandangkan dia kini sedang menuntut di UK, maka dia dapat rasakan secara lansung perkembangan internet. Jika beberapa tahun lepas Google melancarkan Google Maps dan Google Earth, kini Google telah melancarkan Google Map with Street View yang membolehkan anda seolah – oleh berjalan di jalan raya United Kingdom.
Menarik? Yup, semangnya sesuatu yang menarik. Kini kita boleh lihat secara jelas destinasi yang dituju secara terus sebelum sampai ke tempat itu untuk mendapatkan gambaran awal. Sungguh unik. Di bawah merupakan contoh gambaran Street View pada Google Maps. Kami tidak pasti jika semua orang dapat akses (access) untuk perkhidmatan ini, namun harapnya screenshot di bawah dapat memberikan gambaran jelas.
Semoga bermanfaat buat semua!
Lihat youtube video berkenaan Street View dari Google Maps
delicious (dot) com
March 26, 2009
delicious merupakan social bookmarking service yang membolehkan pengguna untuk tag, save, aturkan serta kongsikan laman web pada satu lokasi (atau hub) yang sama. Sepanjang pengalaman kami menggunakan delicious, ia telah membantu kami mencari resources (sumber) berkenaan pelbagai perkara di internet tanpa perlu mengingat URL. Apa yang kami perlu lakukan adalah save URL sebagai bookmark. Kami juga boleh kongsikannya di Internet.
Untuk keterangan lanjut, kami kongsikan dengan anda video berkenaan Social Bookmarking yang dihasilkan oleh Common Craft. Selamat menonton dan mencuba!
Lihat delicious bookmark editor kami
Islamic Calligraphy Font
March 25, 2009
Di dalam artikel ini, kami ingin kongsikan dengan anda Islamic Calligraphy Font yang boleh anda download secara percuma. Ia telah dikumpulkan oleh ISAC Studio, sekumpulan anak muda yang ingin menyampaikan kesenian Islam kepada masyarakat dunia. Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh melawati laman web mereka di isacstudio.co.uk
Download Islamic Calligraphy Font
Image Hosting
March 23, 2009
Antara kita kadangkala ingin menyimpan seni rekaan grafik atau gambar yang mereka tangkap di internet. Ia boleh dijadikan sama ada sebagai storage atau pun portfolio atau showcase kepada pelawat – pelawat di internet. Walau apa pun tujuan anda, di dalam artikel ini kami kongsikan dengan anda beberapa platform atau laman web yang membolehkan anda host image anda di internet secara percuma.
Flickr
Baca artikel kami berkenaan flickr di mana anda boleh terus menggunakan perkhidmatan flickr jika anda mempunyai akaun Yahoo!
photobucket
Fotopages
Selain itu, anda juga boleh pergi ke laman seperti www.deviantart.com untuk showcase portfolio hasil seni anda. Selamat mencuba!
GEEK!
March 20, 2009
Perkataan geek selalunya dikaitkan dengan mereka yang ‘celik’ di dalam bidang IT atau komputer. Jari mereka lebih banyak berbicara berbanding mulut mereka.
Adakah anda seorang geek?
Jika ya, sejauh manakah tahap geek anda?
Jika tidak, ingin menyaksikan antara geek terawal di dunia internet?
Tahun 1997
Kini
Steve Jobs Macworld Apple Keynote Wannabe
Web Design Inspiration
March 20, 2009
Ini merupakan pos pertama kami untuk kategori elite. Kategori yang baru ini akan mengandungi tips untuk advanced users yang telah memiliki pengetahuan tentang HMTL dan image editing menggunakan Photoshop. Selain itu, kategori ini juga akan menjadi medium untuk perkongsian berita terkini di dalam bidang teknologi internet.
Di dalam artikel ini, editor kami akan kongsikan dengan anda beberapa laman web yang selalu dikunjunginya untuk mendapatkan sumber inspirasi serta mempelajari teknik – teknik terkini membina laman web serta rekaan seni digital. Kami janjikan selepas ini, bahagian elit akan menjanjikan sesuatu yang belum pernah anda lihat sebelum ini. Namun jika ya, kami ingin mengajak anda menyertai kami untuk berkongsi kepakaran kepada mereka yang memerlukan. Lebih banyak anda kongsikan serta ajarkan dengan yang lain, lebih mahir anda di dalam sesuatu perkara!
Smashing Magazine – http://www.smashingmagazine.com/

Web Designer Wall – http://www.webdesignerwall.com/

iLoveTypography – http://ilovetypography.com/

Apple.com – http://www.apple.com/

serta laman web surat khabar seperti Guardian dan Times serta laman web news seperti Al-Jazeera dan BBC.








