Blog: Layout

February 21, 2009 · Print This Article

3.0 Layout

Seperti yang dijanjikan di dalam tutorial yang lepas, kami akan ajarkan kepada anda tentang layout asas sesebuah laman web atau blog. Ia terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu:

  • header
  • content
  • sidebar
  • footer

layout1

Sila klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih besar

Setiap bahagian ini memainkan peranan mereka tersendiri. Header merupakan intro kepada sesebuah laman web atau blog. Ia umpama cover sesebuah buku, mungkin satu hari nanti kami akan kongsikan kepada anda antara header – header laman web yang menarik sebagai sumber inspirasi anda. Content pula merupakan bahagian isi kandungan sesebuah laman web atau blog. Di dalam konteks ini, ia merupakan pos atau entry blog anda. Sidebar memainkan peranan penting kerana ia merupakan elemen yang pelawat akan lihat selepas atau sebelum content anda.

Pada bahagian sidebar, anda boleh memasukkan maklumat tentang diri anda (seperti siapakah anda dan tujuan anda menulis blog) serta perkara – perkara lain yang kami akan poskan di kemudian hari. Dan yang terakhir ialah footer. Footer memainkan peranan seperti penutup di dalam sesuatu buku atau cerita.

Begitulah secara ringkas layout sesebuah laman web atau blog. Semoga bermanfaat buat kita semua. Di dalam artikel akan datang, kami akan kongsikan dengan anda tentang paragraphing dan teks sesebuah laman web. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh poskan di bahagian komen di bawah atau emailkan kepada kami di tutorial@iluvislam.com

Sekian, jumpa lagi!

Antara artikel yang menarik:

  1. Blog: Layout colour & font
  2. Blog Review: Good design (Part1)
  3. Blog: Remove blogspot topbar
  4. Blog Review: Good Design (Part 2)
  5. Create a blog (blogspot)

Comments

3 Responses to “Blog: Layout”

  1. maya on April 10th, 2009 4:19 am

    salam..mcm mn nk buat layout friendster n myspace sendiri?

  2. admin on April 14th, 2009 8:50 am

    Anda memerlukan pengetahuan berikut:

    HTML
    Graphic design atau editing

    Rasanya telah banyak layout yang cukup baik dan sesuai digunakan.

  3. nik aswad on August 19th, 2009 3:24 pm

    bolehkah content ditulis dalam bahasa malaysia dilinkkan atau sign
    up dengan adsense. saya difaham content dalam bm telah dihentikan

Got something to say?




XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>