Poll: Perkhidmatan Email

February 28, 2009

Kami ingin menjalankan survey perkhidmatan email apakah yang pelawat tutorial @ iluvislam gunakan. Kerana kami akan gunakan keputusan survey ini untuk menulis artikel berkenaan tentang perkhidmatan email pada masa akan datang. Terim kasih atas kerjasama anda.

emailpoll

Baru di tutorial @ iluvislam

February 24, 2009

Setelah artikel kami yang ke-100, ini merupakan artikel update khas buat pelanggan tutorial @ iluvislam :) Jadi, jangan beritahu kepada sesiapa berkenaan perkara ini. Kami ingin anda rasakan bahawa kami menghargai anda jadi kami ingin memeritahu kepada anda apa yang akan berlaku di tutorial @ iluvislam tidak lama lagi.

Berikut merupakan antara perancangan kami:

  • Bahagian expert – Ini merupakan bahagian di mana editor kami akan berkongsi dengan anda secara khusus teknik yang digunakannya di dalam mereka laman web serta grafik. Bahagian ini mempunyai password dan hanya pelanggan tutorial @ iluvislam ini sahaja (iaitu anda) akan mendapat password tersebut.

  • Blog Review digantikan dengan showcase – Di dalam showcase ini, kami akan mengajak anda mempromosi blog anda serta rate blog – blog lain.
  • Katogori baru, freebies - Memandangkan ramai yang inginkan barangan percuma sama ada dari segi ikon, wallpaper, grafik dan sebagainya, maka kami sediakan satu kategori baru untuk semua.
  • Forum TechGuys – Kami juga akan membuka forum untuk sebarang permasalahan komputer anda.

Terima kasih kepada anda semua. Semoga laman ini dapat anda manfaatkan dengan sebaiknya. Jangan lupa ajak rakan – rakan yang lain juga untuk menyertai laman tutorial @ iluvislam kerana banyak lagi yang kami ingin kongsikan buat semua. Jumpa lagi!

5 Hadiah Misteri

February 23, 2009

100

Percaya atau tidak, ini merupakan pos/artikel tutorial @ iluvislam yang ke 100! Alhamdulillah syukur. [Read more]

Handphone: Quran recitation software

February 23, 2009

Kini, pelbagai jenis telefon bimbit (handphone) telah direka cipta. Semakin canggih sesuatu telefon itu, maka semakin banyaklah fungsi serta kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah telefon berbanding yang lain.

Di dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda satu software yang menarik untuk anda download secara percuma. Software tersebut ialah Quran Recitation for Mobile Phones. Berikut merupakan beberapa butiran tentang software ini:

  • 114 Surah (Surah Al-Fatihah – Surah An-Nas)
  • Percuma (Free)
  • Menggunakan OS Symbian (Series 60/80/UIQ)

quranreciter

Download Quran Recitation for Mobiles Phones

Semoga ada manfaat yang kita sama – sama akan perolehi. Mungkin diwaktu anda bersendirian, anda boleh aktifkan software ini dan dengan bacaan Al-Quran. Selamat mencuba dan jumpa lagi!

Blog: Layout

February 21, 2009

3.0 Layout

Seperti yang dijanjikan di dalam tutorial yang lepas, kami akan ajarkan kepada anda tentang layout asas sesebuah laman web atau blog. Ia terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu:

  • header
  • content
  • sidebar
  • footer

layout1

Sila klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih besar

Setiap bahagian ini memainkan peranan mereka tersendiri. Header merupakan intro kepada sesebuah laman web atau blog. Ia umpama cover sesebuah buku, mungkin satu hari nanti kami akan kongsikan kepada anda antara header – header laman web yang menarik sebagai sumber inspirasi anda. Content pula merupakan bahagian isi kandungan sesebuah laman web atau blog. Di dalam konteks ini, ia merupakan pos atau entry blog anda. Sidebar memainkan peranan penting kerana ia merupakan elemen yang pelawat akan lihat selepas atau sebelum content anda.

Pada bahagian sidebar, anda boleh memasukkan maklumat tentang diri anda (seperti siapakah anda dan tujuan anda menulis blog) serta perkara – perkara lain yang kami akan poskan di kemudian hari. Dan yang terakhir ialah footer. Footer memainkan peranan seperti penutup di dalam sesuatu buku atau cerita.

Begitulah secara ringkas layout sesebuah laman web atau blog. Semoga bermanfaat buat kita semua. Di dalam artikel akan datang, kami akan kongsikan dengan anda tentang paragraphing dan teks sesebuah laman web. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh poskan di bahagian komen di bawah atau emailkan kepada kami di tutorial@iluvislam.com

Sekian, jumpa lagi!

Fix your streamyx

February 20, 2009

Khusus buat pengguna perkhimatan internet Streamyx (Malaysia): Jika anda mengalami masalah connection internet anda boleh gunakan tips berikut untuk membaiki masalah internet anda.

streamyx_logo

  • Pada firefox, anda boleh buka pada Tools > Options > Advance > Network > Settings
  • Pilih Manual proxy configuration dan masukkan butiran berikut:
    HTTP Proxy: cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my

    Port: 3128

    SOCKS v5

    No Proxy for: localhost, 127.0.0.1

Jika setelah sekian lama dan anda mendapat mesej error, ini bermakna proxy ini tidak boleh digunakan lagi. Dan anda boleh tukarkan setting anda kepada Auto-detect proxy settings for this network.

Semoga bermanfaat!

Sumber: IPRobot.net, Fix Your Streamyx Problem Today by Using TMnet Proxy

Send Big Files

February 19, 2009

Ingin menghantar atau berkongsi file anda melalui internet? File Dropper merupakan solusi kepada permasalahan ini. Berikut merupakan apa yang anda dapat lakukan pada laman web ini:

  • Menghantar apa – apa jenis file
  • Kongsikan link kepada penerima untuk di download
  • Limit adalah 5G (Kira – kira 6 hingga 7 CD yang mengandungi movie)

filedropper

http://www.filedropper.com/

Semoga bermanfaat!

Google Earth

February 18, 2009

Jika anda sukakan Google Map, ada pasti akan lebih suka dengan Google Earth. Google Earth merupakan perisian komputer yang dihasilkan oleh syarikat Google Inc., untuk kegunaan semua. Ia percuma dan boleh di dapati di http://earth.google.com/

Berikut merupakan antara gambar yang kami ambil dengan menggunakan Google Earth:

geart3

(Gambar atas) Masjidil Haram, Makkah

geart21

(Gambar atas) Masjid Nabawi, Madinah

geart4

(Gambar atas) Masjid Al-Aqsa & Dome of Rock, Palestin

geart1

(Gambar atas) Bumi

Imej yang dihasilkan oleh perisian Google Earth ini adalah diambil daripada satelit di angkasa lepas. Semoga perisian ini dapat dimanfaatkan bersama.

Antara kegunaan lain Google Earth ialah:

  • melihat geografi sesuatu kawasan.
  • melihat ke langit (SkyView).
  • kitaran siang dan malam di sesuatu kawasan.
  • animasi flight simulator.

flightsimulator

Untuk mencuba, download Google Earth sekarang dan beritahu kepada kami jika anda sukakannya. Selamat mencuba!

*Anda boleh juga lihat youtube video berkenaan Google Earth oleh Google.

Create a blog (blogspot)

February 17, 2009

Setelah lama bercuti daripada tutorial HTML, kini kami ingin teruskan pelajaran kita. Kami akan ajarkan anda coding di dalam platform blog kerana dari situ, anda boleh lakukan experimen. Memandangkan ramai yang menggunakan blogspot, kami akan ajarkan tutorial HTML di dalam blogspot di samping menunjukkan anda bagaimana untuk membina blog yang baik.

1.0 Akaun Blogspot

Jika anda masih belum memiliki blog, anda boleh pergi ke laman berikut https://www.blogger.com/signup.g. Jika anda sudah memiliki akaun email Gmail atau Google Mail, anda boleh terus menggunakannya. Dengan klik pada Sign In, kemudian masukkan Username dan Password anda.

2.0 Create New Blog

Walaupun anda sudah memiliki blog, kami syorkan anda buat satu lagi blog yang baru khas untuk belajar di coding HTML dengan tutorial @ iluvislam. Setelah Log In, klik pada Create New Blog.

createblog1

Kemudian, pilih title blog anda (Blog title) dan alamat blog (Blog address, URL) anda.

createblog2

Pilih template kegemaran anda buat masa kini.

createblog2

Tahniah, anda kini memiliki blog sendiri. Poskan entry pertama anda!

createblog4

Moga tutorial ini bermanfaat buat anda yang masih baru dalam pembinaan blog. Happy blogging! http://iluvislamtutorial.blogspot.com/

createblog5

Pada artikel akan datang, kita akan belajar elemen sesebuah laman web (layout). Sebelum itu, apa kata jika kami lihat jika anda masih mampu jawab soalan test kami yang pertama. Selamat mencuba!

Quizzes by Quibblo.com

Untuk terus menerima perkembangan terkini tentang tajuk ini, anda boleh langgan tutorial @ iLuvislam secara percuma. Kongsikan juga dengan rakan – rakan anda.

Apa itu RSS + FREE RSS Icons

February 14, 2009

RSS merupakan singkatan kepada Really Simple Syndication atau kadangkala dikenali dengan Web Feed atau Feed sahaja.  RSS amat mudah dikenal pasti melalui logo seperti pelangi (contoh di bawah). Namun kini, ia terdapat dalam pelbagai warna tetapi bentuk seperti pelangi itu masih kekal.

128px-feed-icon

Apa kelebihan RSS?

RSS membolehkan anda mengetahui jika sesebuah laman web mempunyai berita terkini ataupun artikel terkini yang diposkan. RSS boleh dihantar melalui email atau anda boleh menggunakan RSS Reader seperti Google Reader.

Adakah langgan kepada tutorial @ iLuvIslam itu RSS?

Ya. RSS Feed tersebut akan dihantar terus ke email anda jika anda daftarkan email anda. Jadi, setiap kali kami poskan artikel baru, di dalam masa 24 jam secara automatik kami akan hantarkan artikel tersebut kepada anda.

Ada video tentang RSS?

Ada. RSS in Plain English oleh Commoncraft (3.5 minit)

Jika anda ingin melanggan RSS tutorial @ iLuvislam, anda boleh lakukannya dengan beberapa cara:

Selain itu, kami juga ingin hadiahkan anda dengan RSS icons secara percuma. Kami harap anda sukakanya. Jumpa lagi!

rssicon

Download FREE RSS Icons

Next Page »