Round Up: January 2009

January 31, 2009

Mulai tahun ini, kami akan menyediakan pos atau artikel round up. Di dalam artikel ini, kami akan letakkan senarai artikel yang kami telah hasilkan pada setiap bulan. Jadi, jika anda tertinggal mana – mana artikel sepanjang bulan itu, anda boleh klik dan terus baca. Tanpa membuang masa, berikut merupakan artikel – artikel yang kami telah sediakan buat anda untuk bulan January 2009. [Read more]

Photoshop: Patch Tools and Levels

January 30, 2009

Di dalam tutorial kali ini, anda memerlukan masa untuk mengikutinya. Ia lebih kompleks dari sebelum ini. Selamat menonton!

Photoshop Video tutorial: Patch tools and levels

Berikut merupakan screen shots di mana anda boleh jumpa Patch tools dan Levels:

patch

Patch (Atas)

levels

Levels (Atas)

Virtual Haircut

January 27, 2009

Berikut merupakan apa yang anda perlu lakukan sebelum tekan butan play pada youtube video berikut.

  • Pasangkan headphone.
  • Tekan play dan pejamkan mata.

Kami ingin anda rasai Virtual Haircut. Selamat mencuba!

Kami berharap anda rasakan ia sesuatu yang menarik? Untuk lebih banyak lagi sound effect seperti ini, lawai laman web One Man’s Blog. Jika anda sukakannya, langgani artikel tutorial @ iLuvislam terus melalui email anda secara percuma.

The 7 Habits

January 24, 2009

stephen-covey-7-habits-of-highly-effective-people
What are the habits all successful people share? In this audio presentation, Stephen R. Covey answers that question and teaches you how to make the Seven Habits a part of your life. Each audio system is designed to help you create an empowering center of correct paradigms from which you can effectively solve problems, maximize opportunities, and continually learn and integrate principles of effectiveness in an upward spiral of growth.

Apakah tabiat orang berjaya? Di dalam rakaman ini, Stephen R. Covey menjawab soalan tersebut. Dia akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk mengaplikasikan ketujuh – tujuh tabiat orang yang berjaya di dalam kehidupan seharian anda. Sistem audio yang diberikan kepada anda telah direka khas untuk membolehkan anda fokus kepada paradikma yang membolehkan anda menyelesaikan masalah, menambah peluang dan terus belajar dan mengaplikasikan prinsip effektif di dalam diri sepanjang kehidupan anda.

Semoga buku audio ini bermanfaat buat semua. Daftar dan download copy anda sekarang. Jika ada sebarang soalan, tinggalkan komen di bawah atau emailkan kepada kami di tutorial@iluvislam.com.

** Anda juga boleh kongsikan artikel ini dengan klik pada ikon Share This dibawah. Jika anda rasakan tutorial @ iLuvislam ini menarik, mengapa tidak langgan artikel kami secara percuma. Kami akan hantarkan artikel – artikel terkini terus ke email anda. Langgan tutorial @ iLuvislam sekarang

TechGuys tutorial @ iLuvislam

January 23, 2009

Kini, pihak tutorial @ iLuvislam sedang mencari kira – kira 5 orang untuk dimasukkan ke dalam program terkini tutorial @ iLuvislam iaitu TechGuys. Ia merupakan satu kumpulan sukarelawan yang akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan komputer anda. Dengan itu, pengguna boleh kaji dahulu masalah di laman tutorial @ iLuvislam sebelum menghantarnya ke kedai untuk dibaiki (jika kami rasakan perlu). Jika anda mempunyai kepakaran di dalam bidang berikut, sila emailkan butiran diri anda ke email kami di tutorial@iluvislam.com

techguys500
[Read more]

Hacked Wii

January 23, 2009

Wii (disebut ‘we’) merupakan revolusi kepada gaming console. Ia dihasilkan oleh syarikat ternama Jepun, Nintendo. Ia mula dijual pada lewat tahun 2006 dan kini mungkin ada di antara pembaca yang telah memiliki Wii.

wii

Ia menarik kerana anda kini seolah – olah berada di dalam game itu sendiri. Jika anda bermain game tenis, anda perlu menghayunkan tangan anda dengan remote controller Wii. Namun bukanlah itu yang kami ingin kongsikan di dalam artikel ini. Salah seorang admin iLuvislam, saudara Ruzaini telah berkongsi dengan kami maklumat bahawa seorang researcher dari Carnegie Mellon University telah menemui kegunaan lain remote controller Wii ini.

Sila tekan butang Play jika anda ingin melihat video

Apa yang menariknya, projek yang dijalankan oleh Johnny Lee ini boleh di dapati pada laman webnya secara percuma. Modal untuk proses pengubah suaian juga murah! Bahan utama yang diperlukan hanyalah Wii remote controller!

Berikut merupakan antara pengubah suaian (hack) yang telah dilakukan:

  1. Finger tracking with the Wii remote
  2. Low-Cost Multi-point Interactive Whiteboards Using the Wiimote
  3. Head Tracking for Desktop VR (Virtual Reality) Displays

Untuk demo dan keterangan lanjut, anda boleh ke laman web berikut: http://www.cs.cmu.edu/~johnny/projects/wii/

acobox

January 21, 2009

Introduction: We have decided to write this article in English to give credit to acobox, a free image host service. From now on, if you see nice pictures, it would be from acobox.

Pengenalan (Malay): Kami akan tuliskan artikel ini di dalam Bahasa Inggeris bagi menghormati syarikat acobox yang telah menyediakan imej secara percuma. Jika lepas ini ada gambar – gambar yang menarik yang kami gunakan di dalam artikel kami, mungkin ia daripada acobox.

In this article, we will share with you why you should also use acobox and how to get one.

  • Some people (including our editor) do browse for image using Google Image. However, due to several restrictions, we are not able to use it. Finding a royalty-free image is hard enough and we might end up finding none of them. This when acobox comes in. They provide you with a good quality image for you to use it straight away! Yes, no download required. Just copy and paste. That’s how easy it is.
  • You don’t have to worry about copyright. They take care of it as long as you agree with the terms of use. Generally, you should not make money out of their pictures, but OKAY for personal use. Like we did : )
  • Since no download and upload required, you have save spaces. If acobox.com server is fast, you might even notice the picture used will be displayed first than you background image.
  • And the cool things on earth are free stuff. And acobox is one of them.

Here’s an example of the picture available there:
Blog Pictures | acobox.com

Cool? Well, we told you it’s cool. So, who wants acobox account raise your hand!

Browser Compatibility

January 20, 2009

Biasanya, seorang web designer akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan laman web yang direka sama walaupun pelawat menggunakan apa-apa jenis browser. Sama ada Firefox, Safari, Google Chrome, Opera, Internet Explorer dan macam – macam lagi. Di dalam artikel kali ini, tutorial @ iluvislam akan berkongsi dengan anda sebuah laman web yang merakam screenshot laman web anda (atau blog anda) apabila diview menggunakan internet browser yang berbeza.

browsershots

http://browsershots.org/

Berikut juga merupakan cara untuk menggunakan laman web ini:

  1. Masukkan alamat laman web anda di bahagian atas (Enter your web address here:)  Contoh:   http://celikit.com/
  2. Pilih browser yang anda ingin laman web anda diview
  3. Biarkan ‘Don’t Care‘ jika anda tidak ada pengetahuan tentang Screen size, Colour Depth, Javascript, Java, Flash.
  4. Klik submit di bahagian atas.

Ingin mencuba? Lawati http://browsershots.org/

FREE eCommerce Icon

January 18, 2009

eCommerce atau perniagaan internet kini semakin menjadi perhatian pengguna internet. Jadi, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda icon yang boleh anda gunakan jika anda menjual sesuatu di internet. Atau anda boleh juga gunakan icon ini di blog anda sewaktu menulis berkenaan perniagaan di internet. Gunakanlah dengan kreatif koleksi icon ini. Kongsikan hasil pengunaan anda di bahagian komen di bawah dan kami akan lihat bagaimana anda menggunakannya.

glossy_ecommerce_packDapatkan Free eCommerce icons sekarang!

Jika anda ada laman dan koleksi ikon yang menarik untuk dikongsi bersama, emailkan kepada kami di tutorial@iluvislam.com atau poskan link di bahagian komen di bawah. Oh ya, kongsikan juga laman tutorial @ iluvislam ini dengan rakan – rakan anda. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya. Jumpa lagi!

The FWA: Favourite Website Awards

January 16, 2009

Setelah lama, kami rasa adalah lebih baik untuk kami mendedahkan rahsia kami kepada anda. Komuniti tutorial @ iLuvislam kini kian berkembang dan kami ingin anda juga merasakan bahawa laman ini sebagai sumber inspirasi anda. Oleh itu, kami dedahkan kepada anda laman kegemaran kami sejak tahun 2003. Pada waktu itu, editor kami sudah berkecimpung dalam bidang membina laman web dan grafik design serta memenangi beberapa pertandingan peringkat Malaysia. Semoga laman Favourite Website Awards, FWA ini menjadi sumber inspirasi buat anda.

fwa

Kami tidak mahu bercakap tentang apakah laman ini kerana anda perlu pergi dan saksikannya sendiri. Secara ringkasnya, ia adalah web yang menyimpan 1001 laman terbaik di internet.  Jika anda ketandusan idea, anda kini ada tempat untuk menyuburkannya kembali.

Salam seni dari kami di tutorial @ iLuvIslam.

Langgani tutorial @ iLuvIslam secara percuma terus melalui email anda. Kami akan emailkan anda jika ada artikel terbaru daripada kami. Jadi, apa tunggu lagi? Langgani tutorial @ iLuvIslam sekarang.

Taipkan alamat email

Kemudian, periksa email anda dan klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan langganan. Terima kasih!

Next Page »