PS Tutorial #6: Liquify
December 31, 2008
Photoshop Tutorial – Kali ini kami bawakan kepada anda tutorial perisian Adobe Photoshop tentang Liquify tool. Tanpa membuang masa, sila tonton video di bawah:
Liquify tool di dalam Photoshop boleh ditemui seperti berikut:

Hotkey (shotcut) untuk mengubah saiz liquify tool:
- Kurangkan saiz (increase): Butang {
- Tambah saiz (decrease): Butang }
Pesanan: Gunakanlah ilmu yang kita ada untuk sesuatu yang baik. Semoga kita sama – sama dapat manfaatnya. Selamat mencuba!
Bodocus
December 31, 2008
Salam sejahtera buat semua, memandangkan cuti masih ada lagi. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama memanfaatkan penggunaan internet kita. Sewaktu kecil, ada antara kita yang disoal oleh guru apakah kebaikan internet? Lantas ada antara kita yang menjawab bahawa ia boleh digunakan untuk mendapatkan informasi dan maklumat. Ada juga menggunakan frasa e-learning. Kini, kami mengambil inisiatif itu untuk menjadikannya realiti.
Dokumentari merupakan satu filem atau rancangan TV/video yang menyampaikan fakta berkenaan sesuatu topik khas. Contohnya orang, peristiwa penting, festival dan lain – lain. Kami kongsikan kepada anda satu laman web yang mengandungi begitu banyak dokumentari online. Bodocus – singkatan kepada Best Online Documentaries merupakan satu laman web yang mengandungi ratusan dokumentari yang boleh ditonton secara percuma. Ia meliputi topik – topik seperti environment, business, history, health, geo(politics), science, technology dan macam – macam lagi.
Semua documentari adalah di dalam Bahasa Inggeris, dan jika ada yang anda tidak faham. Bolehlah anda poskan kepada kami tajuk dokumentari serta minit ke berapa petikan yang anda tidak faham. Kami akan cuba alih bahasa untuk anda. Selain itu, jika ada yang dokumentari yang anda rasa menarik, kongsikan kepada kami di bahagian komen di bawah. Moga kami dan para pengunjung yang lain dapat manfaatnya.
Lawati Bodocus
*Antara pelopor di dalam bidang ialah Discovery Channel, Animal Planet dan National Geographic.
Jika anda masih belum tonton video pesanan dari meja editor tutorial @ iLuvislam, klik untuk tonton video tersebut. Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sama – sama menjayakan tutorial @ iLuvIslam. Akhir kata, selamat tahun baru!
Dari meja editor
December 29, 2008
Berikut merupakan video pesanan daripada meja editor tutorial @ iLuvIslam.
[Read more]
Video – Blog Review (Siri 1)
December 29, 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, kini blog review untuk tutorial @ iLuvIslam telah kembali.

Ingin blog anda direview, letakkan nama, email dan laman web anda bolehlah isikannya di bahagian komen dibawah.
*Kepada yang telah meletakkan laman web mereka untuk direview, anda tidak perlu letakkannya sekali lagi kerana kami telah memasukkan laman web anda di dalam senarai blog untuk direview.
Terima kasih.
BOOST Wireless Connection
December 26, 2008
Di dalam artikel teknologi kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk hack router anda dan tingkatkan wireless connection signal dengan harga yang murah. Ianya terbukti berkesan meningkatkan wireless connection signal. Selamat menonton video berikut:
Template untuk Windsurfer boleh dimuat turun (download) di laman web berikut:
Selamat mencuba dan khabarkan kepada kami jika ia berfungsi untuk anda :)
Design is different languages
December 24, 2008
Design merupakan sesuatu yang biasa kita dengar. Tetapi kali ini ianya sedikit berbeza kerana kami ingin sampaikan kepada perkataan design di dalam bahasa lain di dalam dunia ini.
تصميم – Arab
desain – Indonesia
디자인 – Korean
設計する – Japanese
diseñar – Spanish
проектирам – Bulgarian
progettare – Italian
dizajnirati – Croatia
ontwerpen – Dutch
disenyo – Filipino
σχέδιο – Greek
डिज़ाइन – Hindi
Semua berikut telah dialih bahasa dengan menggunakan perkhidmatan Google Translate. Dapatkannya sekarang!
HTML Colours
December 21, 2008
Tahukah anda bahawa skrin komputer menggunakan kombinasi atau gabungan 3 warna utama iaitu Merah, Hiaju dan Biru. Jika anda ada terlintas tentang RGB, itulah warna gabungan tersebut RGB (Red Green Blue). Di dalam rekaan laman web, gabungan warna ini digunakan bagi menghasilkan warna secondary dan tertiary (atau secara ringkasnya warna lain selain merah, hijau dan biru).
Warna HTML menggunakan hexadecimal notation dari segi gabungan warna berikut. Jadi tanpa membuang masa lagi, kami persembahkan kepada anda table untuk warna HTML serta kod warna yang biasanya digunakan oleh pereka laman web.
| Warna | HEX Code |
|---|---|
| #000000 | |
| #FF0000 | |
| #00FF00 | |
| #0000FF | |
| #FFFF00 | |
| #00FFFF | |
| #FF00FF | |
| #C0C0C0 | |
| #FFFFFF |
Apa yang anda perlu adalah HEX Code berikut untuk mewarnakan text anda. Selamat mencuba! Pada artikel akan datang, kami akan beritahu anda bagaimana untuk generate atau hasilkan HEX code untuk warna pilihan anda. Jumpa lagi!
Shopping website
December 20, 2008
Kini, e-shopping kian berkembang akibat arus internet yang kian maju. Anda kini hanya perlu duduk di rumah dan membeli belah di internet. Kemudian, barang itu akan dihantar di hadapan pintu rumah anda. Antara berikut merupakan laman web yang selalu kami lawati untuk membeli apa-apa sahaja daripada GameBoy kepada Wii dan daripada buku kepada DVD. Bak kata, “Macam – macam ada”.
- Amazon
- eBay
Amazon merupakan laman yang dulunya hanya menjual buku. Kini ia menjual pelbagai jenis barang. Kami selalunya akan membeli buku – buku rujukan kelas (baru dan 2nd hand) serta buku – buku bacaan sama ada novel atau fakta.
Mungkin anda telah dengar tentang laman web ini. Ia merupakan satu fenomena di dalam dunia internet. eBay merupakan marketplace atau seolah – olah satu pasar internet di mana anda boleh berjual beli dengan pelbagai jenis orang di serata dunia.
eBay menggunakan sistem lelong di mana anda perlu bertanding antara satu pembeli dengan pembeli yang lain untuk mendapatkan sesuatu barang. Adakalanya anda tidak perlu melakukan sedemikian. Jenis barang – barang yang dijual? Boleh dikatakan semua termasuk kereta :)

Gambar hiasan oleh liewcf
- e-Buyer
- Apple (Online Store)
Ramai juga yang ke laman ini untuk membeli barang – barang komputer dan juga elektronik seperti printer, scanner, desktop PC, laptop, external hard drive dan lain – lain. Harganya juga agak murah berbanding di kedai – kedai yang menjual alat – alat berikut.
Dan ini merupakan online store pilihan kami. Di sini, anda boleh mendapatkan iMac, MacBook, iPod, iPhone dan macam – macam lagi. Kami sukakan online store ini kerana ianya memberikan perkhidmatan penghantaran secara percuma. Dan yang paling penting ialah ia menjamin 100% barangan original daripada Apple Inc. :)
Pernahkah anda membeli sesuatu barang secara online? Jika ya, apakah laman web e-shopping / online shopping kegemaran anda? Jika tidak, mengapa?
Computer virus
December 19, 2008
Di dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang apakah itu virus komputer. Ada antara kita yang menggunakan komputer dan internet tiap – tiap hari dan anda terdedah kepada pelbagai jenis ancaman ini.
Apakah komputer virus?
Komputer virus (Computer virus) merupakan sejenis program komputer yang boleh duplicate dirinya sendiri dan merosakkan sistem komputer anda. Kadangkala secara general malware atau adware juga digelar virus kerana kini virus komputer telah menjadi satu fenomena.
Bagaimana ia ber’fungsi’?
Biasanya ia memerlukan satu platform atau saluran untuk virus itu diaktifkan. Cara paling mudah ialah dengan membuka sesuatu program. Antara cara yang popular beberapa tahun ini adalah apabila anda membuka attachment pada email anda.
Setelah anda membukanya, biasanya virus akan diaktifkan dan ianya bergerak bebas untuk modify system code dan melakukan kerosakan di dalam sistem komputer anda. Oleh itu, berhati – hati ketika menggunakan internet. Sebagai langkah keselamatan, gunakan anti-virus untuk menghalang anti-virus ini daripada diaktifkan secara sengaja atau tidak.
Jika ada kesempatan, kami akan poskan kepada anda penyelesaian/solusi kepada perkara ini iaitu program Anti-Virus. Semoga berjumpa lagi!
Hydrogen Technology
December 18, 2008
Kami ingin bahagian technology menjadi sesuatu yang lebih informatif. Lebih – lebih lagi apabila waktu cuti sekolah. Kami berharap apabila anda tonton rancangan ini, anda dapat sedikit informasi.
Hydrogen Technology by HyTech’s Aquygen™
Teknologi ini menggunakan air yang mempunyai struktur atom H20 (2 atom Hydrogen dan satu atom Oxygen) diubah kepada HHO. Teknologi ini masih baru dan kita harap ia dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jumpa lagi dalam artikel technology akan datang.




