Photoshop Tutorial #3: Clone & Lasso
October 31, 2008
Seperti yang dijanjikan, berikut merupakan tutorial sambungan kepada yang lepas. Di dalam tutorial kali ini, kita akan dapat belajar berkenaan clone stamp dan lasso tool. Kedua – dua tools ini digunakan untuk mengubah dari sesuatu yang ada kepada tiada seperti di dalam tutorial sebelum ini. Selamat mencuba!
Perhatian: Sila abaikan bahasa yang digunakan kerana ia hanyalah lakonan semata-mata. Ambil apa yang baik, yang tidak jadikan sempadan. Harap maaf atas kesulitan ini.
Berikut merupakan secara ringkas tools yang digunakan di dalam video tutorial di atas. Semoga ianya berguna buat semua.
- Clone tool - Sewaktu hendak mengambil sample, tekan butan Alt (sebelah kiri space bar) pada keyboard supaya tanda bulat dan pangkah melintang muncul seperti di dalam gambar. Sampling with clone tool (Hold down the Alt button)


- Lepaskan butan Alt dan terus klik pada bahagian untuk diclone. Release the Alt button and apply it to the area you wish to clone.

- Lasso Tool (L)

Selamat mencuba! Good luck!
Video of the week
October 29, 2008
Title:
What is graphic design?
View it at http://celikit.com/
Web Design survey
October 29, 2008
Kami dengan ini menjalankan survey apakah topik yang ingin dipelajari pada bahagian web design di dalam laman web tutorial @ iLuvIslam. Memandangkan bahagian graphic design sedang berjalan dengan keadaan yang baik, kami berhasrat untuk turut mengaktifkan kembali bahagian mereka laman web.
Berikut merupakan topik pilihan untuk pembelajaran mereka laman web:
[poll id="5"]
Jika ada sebarang cadangan, tuliskan pada bahagian komen di bawah. Semoga ada manfaatnya! Terima kasih.
Sunny Day Sky
October 24, 2008
Jika sebelum ini kita dilarang menggunakan mouse, kini kami ingin anda menggunakannya. Sunny Day Sky merupakan game versi flash yang didevelop khas oleh saudara Ferry Halim.

I love this website!™
October 21, 2008
I love this website!™ merupakan kategori baru di dalam tutorial @ iLuvIslam. Tujuan sebenar laman web ini adalah untuk berkongsi dengan semua pengguna tutorial @ iLuvIslam dengan laman web yang kami rasa menarik dan boleh dijadikan contoh.
Memandangkan ianya agak baru, kami ingin dengar pendapat anda. Sila poskannya dibahagian komen. Moga – moga tutorial @ iLuvIslam akan menjadi tempat untuk kita berkongsi bukan sahaja kemahiran tetapi juga minat.
[Read more]
Photoshop Tutorial #2
October 20, 2008
Di dalam tutorial kali ini, kami ingin menunjukkan bagaimana anda mampu mengedit sesebuah gambar dan ini akan diajar pada tutorial akan datang.
Contoh yang kami hasilkan dalam masa yang singkat.
Selamat mencuba!
Photoshop Tutorial #1
October 14, 2008
Inilah yang dikatakan Photoshop yang sebenar. Perhatikan teknik (techniques) dan alat (tools) yang digunakan bagi menghasilkan graphic editing. Bersama ini juga kami sertakan antara alat yang digunakan serta hotkey kepada alat – alat tersebut. Selamat mencuba!
[Read more]
Photography competition – Deadline Extended!
October 13, 2008

Dengan sukacitanya kami memaklumkan bahawa tarikh tamat penyertaan pertandingan fotografi telah dilanjutkan kepada 1 November 2008. Berikut merupakan antara maklumat tambahan buat semua para peserta sekalian:
We are glad to announce that the deadline for the photography competition has been extended to 1st Novermber 2008. The following are additional information for all the participants:
[Read more]
Pengaktifan langganan tutorial @ iLuvislam
October 7, 2008
Kepada para pengunjung yang budiman, kami pihak tutorial @ iLuvIslam ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas sambutan yang diberikan kepada tutorial @ iLuvIslam. Semoga banyak manfaat yang dapat diperoleh daripada hasil perkongsian ini.
Kali ini, kami ingin menarik perhatian semua kepada satu perkara iaitu pengaktifan langganan tutorial @ iLuvIslam. Seramai kira – kira 300 orang telah mendaftarkan email mereka untuk menjadi pelanggan tetap tutorial @ iLuvIslam.com dan hanya lebih kurang 190 sahaja yang telah mengaktifkan langgangan mereka. Ada lebih kurang 100 pelanggan masih tidak mengaktifkan langganan tutorial @ iLuvIslam. [Read more]
So… What is graphic design?
October 4, 2008

Video ini memaparkan type motion berkenaan tentang seni reka grafik atau lebih ‘enak’ dengan nama graphic design. Tonton video ini berulang kali dan cuba dapatkan apa mesej yang cuba disampaikan kepada anda berkenaan apa itu graphic design. Selamat menonton! [Read more]




