Graphic Inspirations
September 10, 2008 · Print This Article
Di dalam seni reka grafik, sumber inspirasi merupakan perkara yang penting. Paling tidak pun, kita perlu melihat mereka yang lebih tinggi daripada kita untuk dijadikan sebagai contoh atau kayu pengukur. Di dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan 3 laman web yang anda boleh kunjungi untuk sebagai teman sewaktu kami berehat daripada menjalankan tutorial secara aktif.
- Smashing Magazine (category Showcase)
Laman web ini mengandungi pelbagai jenis informasi. Tidak kira anda seorang graphic designer, web designer atau developer. Mereka mengumpulkan yang terbaik dari internet dan kongsi bersama anda semua. Bukan itu sahaja, mereka juga kongsikan program – program percuma kepada anda. Jadi, apa tunggu lagi?
Mereka kata inilah laman di mana Seni berjumpa dengan Aplikasi. Laman web ini juga menyediakan platform anda untuk anda menunjukkan kemahiran anda sebagai pereka grafik. Dan anda mungkin juga boleh menjual hasil karya anda!
Seperti yang dijanjikan dalam isu lepas, kali ini kami akan kongsikan kepada anda group atau individu yang memaparkan seni mereka dengan flikr.
» Group – Islam
» Individual – Sean Mantey, knautia, kodiangman
Jika anda ada laman kegemaran anda, silakan berkongsi dengan rakan – rakan yang lain di bahagian komen di bawah. Jumpa lagi!
Antara artikel yang menarik:





Erm,silap kot…bukan devianarat
“DeviantArt.com” :)
raredour,
Maaf atas kesilapan tersebut. Terima kasih :)
sy mmg sukar dptkn inspirasi..kdg2 susah nk hasilkan karya dr otak sendiri..ade ape2 cadangan selaen di atas??