We’re BACK!

September 28, 2008

Setelah lama bercuti, kini kami kembali untuk menyajikan anda dengan tutorial rekaan grafik serta laman web. Selain itu, kadang kala kami juga selitkan tutorial dan tips untuk peminat – peminat seni fotografi. [Read more]

Ada apa dengan B.L.O.G?

September 19, 2008

Ada apa dengan B.L.O.G?

Seawal tahun 2000 hingga 2003, syarikat – syarikat internet seperti Lycos dan Yahoo telah menawarkan hosting secara percuma kepada pengguna mereka. Disitulah titik bermulanya masyarakat dunia untuk mempromosikan produk mereka sama ada perniagaan, informasi atau sekadar hobi. Kini, fenomena blog kian menular di kalangan masyarakat masa kini dan ia tidak dapat dinafikan lagi. Blog mampu dimiliki oleh orang biasa bahkan setinggi mantan Perdana Menteri. Di dalam artikel kali ini, kami ingin berkonsi secara ringkas apakan itu blog dan fungsinya. [Read more]

Graphic Inspirations

September 10, 2008

Di dalam seni reka grafik, sumber inspirasi merupakan perkara yang penting. Paling tidak pun, kita perlu melihat mereka yang lebih tinggi daripada kita untuk dijadikan sebagai contoh atau kayu pengukur. Di dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan 3 laman web yang anda boleh kunjungi untuk sebagai teman sewaktu kami berehat daripada menjalankan tutorial secara aktif.

Laman web ini mengandungi pelbagai jenis informasi. Tidak kira anda seorang graphic designer, web designer atau developer. Mereka mengumpulkan yang terbaik dari internet dan kongsi bersama anda semua. Bukan itu sahaja, mereka juga kongsikan program – program percuma kepada anda. Jadi, apa tunggu lagi?

Mereka kata inilah laman di mana Seni berjumpa dengan Aplikasi. Laman web ini juga menyediakan platform anda untuk anda menunjukkan kemahiran anda sebagai pereka grafik. Dan anda mungkin juga boleh menjual hasil karya anda!

Seperti yang dijanjikan dalam isu lepas, kali ini kami akan kongsikan kepada anda group atau individu yang memaparkan seni mereka dengan flikr.

» Group – Islam

» Individual – Sean Mantey, knautia, kodiangman

Jika anda ada laman kegemaran anda, silakan berkongsi dengan rakan – rakan yang lain di bahagian komen di bawah. Jumpa lagi!

Firefox & Add-ons

September 5, 2008

Seperti yang dijanjikan, kami ingin berkongsi dengan anda internet browser pilihan kami dan mengapa.

Firefox 3

Firefox

Pada tanggal 18 Jun 2008, rekod dunia telah berjaya dicipta. Firefox 3 merupakan software yang terbanyak di muat turun di dalam masa 24 jam – 28 340 281 unit Firefox 3 telah di download oleh individu – individu yang berbeza.

Mengapa Firefox?

Jika hendak dikatakan tentang features, Firefox sememangnya amat canggih dan mendahului browser – browser yang lain. Dan ketahuilah bahawa ini baru sahaja features, tidak lagi dimasukkan elemen security, customization dan bantuan teknikal.

Di dalam artikel ini, kami akan cuba memaparkan empat Firefox Add-ons yang mungkin berguna kepada anda yang sudah dan juga ingin meneruskan minat di dalam seni reka laman web dan grafik.

Add-ons

Jika anda ingin upload file secara selamat, laju dan berkesan. FireFTP merupakan add-on yang anda cari. Setelah selesai, anda perlulah pergi ke bahagian Tools > FireFTP untuk menggunakannya.

Add-on ini membolehkan anda untuk download sesuatu file secara pantas. Kami sedar Firefox 3 sudah membolehkan sesuatu file yang bersiaz besar di download dengan panas, namun FlashGot ini dibina khas untuk membantu proses download file yang lebih besar seperti software, file mp3 dan lain – lain.

Kepada web developer, inilah add-on yang anda cari – cari selama ini. Daripada CSS kepada HTML/CSS Validation, Outline table cells dan macam – macam lagi. Ini merupakan rahsia kami dan kini kami dedahkan kepada anda.

Jika ingin sesuatu yang lebih laju. Cuba yang ini!

Muat turn dan kemudia tekan butang Stumble! Jika anda rasa laman web ini bagus untuk dikongsi, maka tekan butang di bawah bagi membolehkan tutorial @ iLuvIslam berada di dalam senarai Stumble di dunia internet.

Begitulah secara ringkasnya tentang Firefox 3 & Add-ons. Semoga ada manfaatnya.

Firefox 3

Cuba, try dan test. Rasai perbezaannya! Untuk maklumat lanjut tentang browser Firefox dan featuresnya, lawati laman web Firefox (Features).

Flickr!

September 1, 2008

Kepada yang telah mula berjinak – jinak di dalam dunia design, mungkin antara anda mempunyai blog dan laman web anda sendiri di mana anda paparkan hasil kerja anda. Yang menarik kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda suatu laman web yang boleh anda gunakan untuk paparkan hasil kerja anda sama ada photography atau seni digital pada semua. Terimalah…

Flickr

Flickr merupakan perkhidmatan menyimpan file berbentuk grafik yang disediakan oleh syarikat gergasi internet iaitu Yahoo. Dan ini bermakna anda boleh terus menggunakan username dan password akaun Yahoo anda tanpa perlu mendaftar lagi.

Di dalam laman web ini, anda boleh upload dengan mudah serta organizekan hasil kerja anda kepada beberapa folder. Kami tidak berniat untuk mengajar bagaimana untuk mengupload gambar kerana kami yakin anda mahir melakukannya. Jadi, tanpa membuang masa lagi, signin atau daftar sekarang dan pamerkan hasil seni anda!

Akan datang, kami akan kongsikan beberapa Flikr page yang boleh dijadikan sumber inspirasi. Selamat berseni!