Blog Review: Good Design (Part 2)
August 20, 2008 · Print This Article
Berjumpa lagi kita dalam segmen blog review. Pada artikel lepas, kita telah lihat bagaimana layout sesebuah laman web itu merupakan salah satu elemen yang penting di dalam penyampaian content atau isi sesebuah laman web. Di dalam review kali ini, kita akan lihat ciri kedua iaitu skema font di dalam sesebuah laman web.
Font
atau lebih terkenal dengan panggilan typeface merupakan salah satu elemen yang penting di dalam sesebuah laman web. Melalui interface default Firefox, Yahoo menggunakan Verdana dan Arial dalam persembahan laman web mereka. Begitu juga Google dan Microsoft. Namun begitu, ada juga laman web yang menggunakan Georgia sebagai font utama dalam penyampaian sesebuah laman web seperti iLoveTypography.com.
Dan ada sebabnya mengapa typeface ini sahaja yang digunakan oleh kebanyakan laman web. Selain ia lebih user-friendly, ia juga nampak lebih professional dan standard berbanding yang lain. Di kalangan blog atau web yang ingin direview oleh tutorial @ iLuvIslam.com, kami dapati bahawa IBRAHzine.com menggunakan Comis Sans MS.
Secara general, kami akui bahawa typeface ini amat popular di kalangan kanak-kanak kerana ia menggambarkan suasana ceria. Namun dari segi penampilan, typeface ini gagal membangkitkan elemen formal. Dan bagi memenangi semua lapisan pengunjung, maka typeface lebih sesuai haruslah dipilih.
Berikut merupakan contoh laman web yang baik dalam penggunaan typeface serta mengambil kira lapisan pengunjung sama ada kanak – kanak mahupun dewasa:
Semoga laman web berikut dapat digunakan dan dijadikan sebagai contoh. Secara ringkas, perhatikan laman web yang popular dan typeface yang digunakan oleh mereka dan cara penggunaan. Selamat mencuba!
Antara artikel yang menarik:





Comments
Got something to say?